Adab paling penting untuk berjaya dalam industri ini
ADAB YANG PALING PENTING SEBAGAI SEORANG AHLI BARU, MENTEE BARU
- Sentiasa ucap terima kasih kepada mentor yang atau sesiapa yang guide anda. kerana mereka juga ada komitmen lain.
Kita perlu faham, dalam bisnes ini. MASA IALAH DUIT
Jika ada orang allocate masa untuk ajar kita, maknannya kita telah mengambil duit beliau, iaitu MASA beliau
Lagi tinggi income yang mengajar kita, lagi banyaklah yang kita ambil dari beliau
Kenapa begitu? sekarang keluarkan kalkulator
Jika income yang mengajar kita ialah RM10,000 sebulan
Jika dia bekerja
6 jam sehari.
5 hari seminggu
20 hari sebulan
Anda kirakan berapa jumlah jam beliau bekerja.
Jadi 6 jam X 20 hari = 120 jam
120 jam jumlah beliau bekerja
Sekarang bagaimana nak tahu berapa harga sejam beliau?
Anda ambil gaji beliau, bahagikan dengan jumlah jam beliau bekerja
Jadi kita ambil RM10,000 / 120 = RM83.33 sejam
Maknanya sejam masa beliau ialah RM83. Ini nilai masa yang anda ambil apabila anda yang mengajar anda
Jadi oleh itu, sebab itulah kita ingin percepatkan learning process anda dengan
- PLATINUM MODULE, pre recorded video, cara install apps, cara submit cases, cara presentation, penuh info info dalam channel Telegram untuk percepatkan growing anda tanpa menunggu orang lain untuk mengajar atau kelas
- ENERGIZER MEETING ( AHAD – KHAMIS), di sini anda boleh share sebarang kekangan, objection, atau apa apa pun boleh ditanya pada waktu meeting ini
- AIC FOUNDATION PRORGAMME. 7 hari kelas asas untuk advisor baru. di sini anda akan diajar A-Z tentang mindset, product, dan support system
Jadi gunalah semua di atas sebaik mungkin, dan ucapkan ribuan terima kasih jika ada yang ingin mengajar anda. Tidak kira ia upline anda sendiri. leader anda sendiri. Show your gratitude toward them
Jika ada ada soalan
Mesejlah dengan mulai
Salam, Maaf menganggu. Free ke nak bertanya soalan
Mohon maaf, dan tanya beliau free atau tidak
Sebab upline leader ada ramai anak buah. Mereka allocate masa mereka untuk mengajar kita. DUIT mereka pasti keluarkan. Tapi kita belum tentu berjaya. Betul tak? Barangkali tiada hasil. atau pun berhasil
Oleh itu, sama sama kita saling menghargai siapa yang mengajar kita dalam this industry
Rendahilah diri apabila dah pandai atau sales sudah tinggi. Ingatlah guru yang mengajar, selalu ucap terima kasih. Keep humble.
Lagi humble anda, lagi tinggi anda naik dalam industri ini
Anda juga ingin anak buah begitu suatu hari nanti, sentiasa merendah diri, sentiasa boleh diajar perkara baru. sentiasa boleh ditegur. dan sentiasa bersyukur
Selalu kosongkan gelas, walaupun anda dah tahu. Anggap saja anda tak tahu dan iyakan sahaja
Kosongkan gelas
Ramai kita pandai proses learn
Tapi tak boleh unlearn
Ingat
What goes around, come around.
Ini ADAB yang pertama untuk berjaya
GRATITUDE AND BE TEACHABLE
EMPTY YOUR GLASS
Fatihin Abshar
30 April 2021