Betul ke ambil hibah takaful untuk selesai masalah pusaka 2 nama? Baca sini
RUMAH DUA NAMA DI SNP,
BETUL KE PENYELESAIAN DENGAN MENGAMBIL PLAN TAKAFUL?
Saya terbaca post saya sebelum ini ada tular beberapa website. Ramai agen takaful komen di bawahnya menawarkan untuk selesaikan masalah.
Saya pasti mereka akan tawarkan plan takaful untuk selesaikan isu 2 nama di SNP. Tapi betul ke itu penyelesaiannya?
Jom kita analisa satu persatu satu
Sebelum itu, kita fahami apa isu jika rumah dua nama
Ali dan Fatimah berkahwin, empat tahun kemudian, setelah menyimpan sekian untuk deposit rumah. Akhirnya mereka membeli rumah pertama mereka. Cuma mereka membuat joint loan serta joint SNP ( dua nama di SNP)
Harga rumah RM400,000
Disebabkan nama di SNP ada dua. Maknanya ada dua permilikan
Ali memiliki 50% dari nilai rumah, iaitu RM200,000
Fatimah juga memilik 50% dari nilai rumah, iaitu RM200,000
Malangnya, 3 bulan selepas membeli rumah
Si Ali pergi mengadap ilahi
( Mati selepas 3 bulan beli rumah ialah dari kisah benar. Saya dapat kes melalui phone. Balu call minta penyelesaian)
Sekarang,apa yang berlaku?
1. 50% loan rumah sudah selesai kerana Ali ambil MRTT, jadi hutang rumah tinggal RM200,000.
2 Fatimah hanya perlu membayar baki RM200,000 sahaja kepada bank. Betul kan?
3. Namun, 50% hak permilikan Ali tersebut sudah menjadi pusaka. Ya pusaka. Perlu agih ikut faraid. Walaupun rumah tersebut masih ada nama isterinya. Isteri masih duduk dalamnya. isteri masih membayar loan bulanan
tapi tetap 50% dah jadi pusaka
4. Mengikut kiraan faraid, warisnya ialah ibu, ayah, dan anak lelaki beliau
5. Kiraan faraid untuk bahagian rumah sahaja:
Ayah si arwah dapat dalam 16.67% = RM33,340
Ibu si arwah dapat dalam 16.67% = RM33,340
Isteri si arwah dapat dalam 12.50% = RM25,000
Anak lelaki dalam dalam 54,17% = RM108,339
6. Sekarang, si ayah dan ibu yang sebelum ini sangat penyayang, baik hati, tiada masalah dengan menantu, tiba tiba bertegas inginkan hak faraid mereka. Mereka tidak mahukan lepaskan
( Ini biasa kes saya jumpa, waktu hidup tiada masalah, selepas arwah tiada. Terus bermasam muka kerana rebutkan harta dan tak percaya menantu, risau menantu kahwin lain dan sebagainya)
7. Sebenarnya hukum faraid sudah cantik, namun difitnah oleh manusia yang mengambil hak, tetapi lupa akan tanggungjawabnnya
8. Dalam kes begini. 3 senario kemungkinan akan berlaku
A) Si ibu dan ayah melepaskan hak. Alhamdulilah lega si balu dan anaknya. ( kes sebegini hanya 2/10 sahaja jika melihat statisitik di pesaka kecil)
B) Si ibu dan ayah ingin tebus hak sahaja. Di mana mereka nakkan tunai sahaja. Oleh itu si isteri hendaklah memberi RM66,680 dahulu. Barulah mereka setuju melepaskan hak. Saya ada jumpa kes si isteri membayar RM30,000 seorang kepada adik beradik suaminya kerana mereka tiada anak dan adik beradik tidak mahu melepaskan hak. Dapat sahaja duit, terus hilang
C) Si ibu dan ayah tidak mahu wang, mereka mahu nama mereka masuk dalam geran. Ini lagi bermasalah. Ini kes yang berlaku suami baru beli 3 bulan, sudah tiada.
Sehingga kini kesnya tidak selesai kerana si ayah masih ingin menuntut dan sanggup bawa kes ini ke Mahkamah Syariah. Si isteri tidak bekerja, Terpaksa mencari kerja balik kerana tiada duit
Jadi, apa penyelesaian terbaik untuk elakkan kes di atas berlaku?
Solusi terbaik
1. Buat dokumen pengisytiharan Hibah Bersyarat. Anda boleh membuatnya dengan beberapa syarikat.
Kenapa hibah bersyarat? Kerana kita buat syarat di mana harta ini akan berpindah milik ke penerima hibah jika si pemberi hibah meninggal dunia.
Lebih selamat begitu. Amalan orang sekarang buat hibah mutlak. Ini saya akan terangkan di bawah
Walaupun ada beberapa pendapat berkenaan hibah bersyarat ini, pelbagai isu soal harta bercagar, isu sejauh mana pengesahannya. Ia masih solusi yang terbaik
Untuk perkhidmatan syarikat mana yang menyediakan dokumen hibah ini. Saya takkan disclosed di sini.
Solusi yang BERMASALAH PULA
1. Buat hibah mutlak di pejabat tanah. Isi borang 14A. Tukar nama terus kepada isteri atau anak. Untuk pengetahuan anda, Ini sangat sangat membahaya dan boleh tahan juga kosnya kerana anda perlu membayar kos stamp duty. Apabila anda buat sahaja pertukaran, anda terus hilang permilikan. Ya terus hilang
Jika isteri atau anak ‘pergi dahulu’ dari anda. Ia telah pusaka mereka. Anda hanya dapat portion sahaja. Bahaya kan?
Bayangkan anak itu dah berkahwin, ada anak dan pasangan. Mereka akan dapat lebih banyak portion dari anda, sedangkan itu rumah anda
Itu belum dikira jika penerima hibah anda itu bankrap. Terus rumah itu disita. Jadi hibah mutlak bukan solusi terbaik untuk kes di atas. Sangat sangat membahaya. Melainkan dalam beberapa situasi yang ini sahaja yang ada.
2. Ambil plan takaful untuk cover jumlah pampasan meninggal RM200,000 hak permilikan suami
Ini lagi cara yang paling rugi dan paling mahal. Kenapa?
Untuk pengetahuan anda. Untuk nilai harta si arwah. bukan dikira dengan berapa pinjaman dengan bank. Tetapi dikira dengan market value.
Maksudnya, jika rumah sekarang RM200,000
Mati 20 tahun kemudian rumah dah RM900,000
RM900,000 tersebut yang menjadi pusaka
Jika anda hanya memgambil polisi yang hanya melindungi RM200,000 sahaja
Mana nak cari RM700,000 baki? Kan dah bermasalah?
Kalau tanya agen, dia akan suruh tambah polisi supaya sama dengan harga rumah. Setiap tahun tambah polisi RM300 sebulan. Kan dah mahal? Oleh itu ini cara paling tak selamat dan merugikan anda
Lebih baik anda buat cara pertama, kos jauh lebih murah dan lebih selamat.
Namun saya tak menafikan takaful masih elemen yang penting yang perlu setiap orang perlu ada. Untuk kelangsungan hidup waris serta untuk bayar kos pengurusan pusaka. Namun bukan untuk bayar hak faraid
Sekarang dah faham?
Jika ada agen takaful suruh ambil polisi untuk cover kes 2 SNP dan sebagainya.
Jangan marahi beliau, barangkali dia tidak tahu. Sharekan artikel ini kepadanya. Beliau berniat murni ingin menolong anda, cuma beliau tidak tahu
Kepada agen takaful, tiba masa untuk upgrade ilmu anda. Pelajari ilmu harta pusaka luar dari circle latihan syarikat anda, kerana masih cuba menjual produk syarikat tersebut. Kadangkala apa yang diajar ialah salah
Rancanglah harta pusaka anda dari sekarang
Fahami apa itu faraid, wasiat, wakaf, dan hibah
Boleh baca website ini untuk dapatkan info lebih lanjut
berkenaan pusaka, https://fatihinabshar.com/ atau hubungi 011 5779 4599 untuk kaunseling percuma kes pusaka yang belum selesai, ingin mengetahui hibah dan wasiat
ELAKKAN PUSAKA JADI PUAKA