Bagaimana prosedur membuat dokumen wasiat atau hibah?
Sebelum itu, anda perlu faham. Kenapa anda perlu membuat dokumen wasiat atau hibah. Ya sekarang harta beku hampir 70 billion, dan sejuta lebih geran tanah belum ditukar nama. Malang bukan?
Kenapa anda perlu merancang harta anda?
- Supaya harta yang anda tinggalkan tidak menjadi beku, kita tidak mahu semua waris bergaduh kerananya dan ada waris yang makan harta batil
- Dan supaya harta yang anda anda cari setiap hari selama ini menjadi asbab waris anda bersatu, berkasih sayang dan pahala sentiasa mengalir setiap hari walaupun kita sudah di kubur dengan manfaat harta tersebut disedekahkan
Antara faktor harta beku di Malaysia ini ialah:
1.Waris tak tahu urus pusaka.
2.Waris tiada masa nak urus pusaka
3.Anggap pusaka tidak perlu disegerakan dan kalau nak urus cepat dianggap tamak
4.Tiada muafakat waris
5.Tiada duit untuk uruskan
Jadi bagaimana cara mudah untuk rancang harta anda dengan membuat dokumen?
Pertama: Ketahui faraid anda
Ketahui faraid anda, kenapa dalam dokumen kita nyatakan faraid anda?Sebab supaya anda dan waris anda tahu siapa waris mengikut hukum faraid. Elakkan pengaduhan yang tak perlu dengan waris yang bukan waris faraid.. Saya banyak jumpa kes. kematian yang tiba tiba ada orang kata dia waris faraid sedangkan ikut syarak beliau bukan
Jadi itu langkah pertama. Tahu waris faraid anda siapa.
Kedua: Lantik wasi
Buat wasiat pelantikan wasi.
Wasi boleh dibahagikan kepada dua
-
Syarikat Amanah
-
Individu
Apa itu wasi?
Wasi ini panggilan lain ialah pentadbir. Jika kita tiada, wasi inilah yang akan melakukan tuntutan pusaka kita. Sangat penting dalam perancangan harta pusaka
Saranan saya, jika harta kita tidak lebih 2 juta. Lebih sesuai lantik individu sahaja.
Kalau lebih, barulah lantik syarikat Amanah seperti Amanah Raya Berhad, As Salihin Trustee, dan lain lain
Kenapa lantik wasi penting?
- Beri rasa tanggungjawab kepada waris.
Jika kita tak. lantik siapa siapa. Anak pertama akan mengharapkan anak kedua urus pusaka si arwah. Anak kedua pula berharap anak ketiga urus pusaka si arwah. Jadi, jika kita dah lantik siap siap, terus beliau ada rasa tanggungjawab untuk uruskan pusaka si arwah.
- Bantuan kepakaran kepada wasi
Wasi yang dilantik waktu hidup akan diberi surat. Jika kita tiada hari ini. Waris boleh membuka surat, boleh hubungi syarikat. Wakil syarikat akan datang ke rumah untuk beri khutbah pusaka, dapatkan persetujuan waris dan proses pusaka terus dibuat segera
Dalam 1 ke 6 bulan sudah selesai! Ya cepat sahaja
Kenapa?
Kerana kita sudah membuat pelantikan wasi, serta wasi diberi bantuan kepakaran oleh pihak syarikat.
Sama konsepnya dengan khairat kematian, jika kita memanggil orang masjid, yang pakar dalam urus jenazah, mandikan jenazah, urus proses kebumikan arwah, dan sebagainya. Proses jadi lebih cepat dan mudah bukan?
Sama di sini, proses jadi lebih cepat dan dibuat dengan betul dengan bantuan pakar.
Ketiga: Buat wasiat sedekah
Buat wasiat sedekah. Ini saya galakkan semua umat Islam buatlah wasiat . Kerana inilah yang akan menjadi saham akhirat kita nanti
Kenapa?
Harta yang kita milik berjuta juta sekarang, bukanlah milik kita sepenuhnya.. Betul tak Tuan Puan?
Tapi harta yang disedekahkan, itulah benar benar menjadi milik kita. Jadi buatlah wasiat sedekah 1/3 dari harta kita. Lebih baik buat wakaf terus. Lebih baik dan pahala berterusan hingga ke hari Kebangkitan
Keempat: Dokumenkan dengan bantuan pakar
Dokumenkan segala perancangan, wasiat, hasrat anda. Dibuat dengan bantuan pakar. Jangan buat pesanan mulut. Jangan buat sendiri
Sini sudah banyak saya jumpa masalah pesan dengan mulut. Buatlah dokumen dengan mana mana syarikat pengurusan pusaka. Cadangan saya MyPusaka.info kerana harga, pakej yang mudah, serta kewibawaan peguam mereka yang sudah 20 tahun lebih dalam industri
Kelima :Dana pantas untuk waris
Bantu wasi dan waris dari segi kewangan dengan sistem penamaan. Apabila kita meninggal, semua aset akan beku, Termasuklah duit dalam akaun dan sebagainya
Namun, ada beberapa instrumen yang tak beku dan dalam masa 1 ke 2 minggu saja terus ditransfer masuk ke akaun penama
- KWSP
Buatlah penama di KWSP.. Apabila kita tiada, duit itu akan ditransfer ke penama dalam masa 2 minggu – 4 minggu. Waris boleh guna duit ini untuk kos pengurusan pusaka, bayar hutang arwah dan sebagainya
Namun perlu diingat, penama bukan milik mutlak harta. Mereka hanya pemegang amanah sahaja dan boleh gunakan duit apa yang dibenarkan oleh syarak sahaja
- Penama Tabung Haji
Sama konsepnya seperti penama KWSP. Pastikan anda buat untuk memudahkan urusan waris anda nanti
- Penama di polisi Takaful
Takaful ada dua akad, satu akad hibah dan satu penama
Saya cadangkan buat kedua duanya.
Kedua dua ada fungsinya tersendiri.
Keenam : Dokumen Hibah
Jika faraid anda termasuk dalam. golongan kritikal, buatlah dokumen hibah. Mudahkan urusan waris anda
Apa itu Hibah? Boleh baca di sini
Jadi cukuplah 5 langkah nak memudahkan waris anda dengan membuat Dokumen Perwarisan Lengkap
-
Ketahui faraid dan rekodkan
-
Lantik wasi
-
Buat wasiat sedekah
-
Dokumen dengan bantuan pakar
-
Dana pantas untuk waris
-
Buat dokumen hibah (jika perlu)
Bagaimana proses ingin membuat perancangan harta ini?
Berjumpalah dengan perunding Shariah Estate Planners untuk membuat dokumen seperti di atas
Rancanglah secepat mungkin. Kerana kita apabila kita dipanggil ilahi, tak lewat sesaat, tak cepat sesaatpun
Jadikan harta anda dapat menghasilkan pelaburan pahala yang berkekalan apabila anda tiada nanti
Moga semua amal kita diterima oleh Allah swt dan dimasukkan ke syurga. Amin
Jika anda ingin merancang, saya galakkan berjumpalah dengan Shariah Estate Planners
Kerana mereka berlesen yang membolehkan mereka mengakses kepada 5 syarikat
-
Amanah Raya Berhad
-
Pacific Trustee Berhad
-
As Salihin Trustee
-
MyPusaka. Info
-
Majlis Agama Islam Selangor
Mereka boleh membantu membuat perbandingan plan mana paling baik, dan membuat plan tailor made mengikut kehendak anda
Klik sini untuk hubungi SEP
Anda boleh berjumpa atau berbincang secara online dan buat dokumen ini secara offline
October 29, 2018 @ 1:56 am
Asalamualaikum..admin..saya Badrul berkenaan dgn penama KWSP ..kalau kita letak penama dengan peratusan pembahagian harta..sebagai contohnya isteri saya 60%dan ibu atau bapa saya 40% ..soalan saya adakah mereka layak sepenuhnya MEWARISI DAN MENGGUNAKAN harta tersebut tanpa perlu mewariskan kpd waris lain ..sebb saya baca di atas bahawa penama bukanlah pemilik mutlak..tetapi pemegang amanah dan perlu menguruskan harta ikut syarak..
2)adakah bila letak penama dalam KWSP dikira hibah ?
Mohon pencerahan ..saya keliru sikit..
August 23, 2019 @ 9:15 am
Assalamualaikum mcm kes sy punyai 3 org ank perempuan harta sepencarian kami berkongsi dalam melabur untuk beli sesebuah rumah Dan kenderaan…ttpi atas nm suami….perlukan suami berhibbah? Blh lah keluarga suami menuntut harta apabila suami tiada disebabkan tak punyai ank lelaki?
August 23, 2019 @ 12:40 pm
Waalaikumussalam wbt. Ya boleh adik beradik suami mereka boleh menuntutnya Puan. Seeloknya rancanglah buat hibah waktu hidup
August 25, 2019 @ 4:29 pm
saya mempunyai harta kekal merupakan sebuah rumah dan dua bidang tanah, saya mempunyai seorang isteri, 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Saya ingin menghibahkan harta sama bahagian kepada kesemuanya isteri dan anak2 saya. Harta mudah alih (wang tunai) saya nak hibahkan kepada isteri dan sedekah kepada beberapa sekolah tafiz di sekitar kediaman saya.
saya nak buat hibah ini selepas kematian saya dan mohon bantuan daripada pihak tuan untuk draftkannya.
August 27, 2019 @ 1:37 pm
Ya boleh, sila whatapps ke 017 643 1109 untuk urusan lanjut.