Apa itu FAR dan FPR, dan apa bezanya dengan agen takaful atau unit trust?

Apa itu Financial Advisor Representative?

Ramai yang tidak tahu apa sebenarnya Financial Advisor Representative  ( FAR) dan Financial Planner Representative (FPR) ini.

Jika agen takaful dan unit trust pun  tidak tahu, orang awam lagi ramai yang tidak tahu. Analogi mudah. FAR dan FPR ialah versi UPGRADE dari normal agen takaful dan unit Amanah

Kenapa?

Jika agen hanya boleh memberikan  plan sahaja dari satu company agen ini kontrak. FAR  pula boleh membandingkan semua plan takaful yang ada di Malaysia, dan berikan plan yang terbaik kepada pelanggan

Ya betul. Dashyatkan? FAR boleh comparekan untuk anda siap siap. Jadi kita tak perlu jumpa banyak agen dari semua syarikat untuk membandingkan plan.  Cukup berjumpa dengan FAR sahaja.

Tapi kenapa susah berjumpa dengan FAR ini? Untuk pengetahuan anda, FAR di Malaysia tidak sampai 1000 orang lagi. Ia amat sedikit. Kerana itulah ramai FAR sudah mula memberikan penerangan kepada agen. Upgrade diri cepat. Keluarkan diri jadi normal agen kepada FAR

Susah ke jadi FAR?

FAR ialah seseorang Berlesen dengan Bank Negara Malaysia. Mereka perlu menghabiskan modul pembelajaran yang harganya dalam lima angka juga. Kelasnya biasa mengambil 1-2 tahun untuk dihabiskan. Contoh modul yang perlu diambil ialah Shariah RFP, anjuran MFPC. Islamic Financial Planning (IFP) oleh IBFIM. Atau CFP oleh FPAM.

Namun syaratnya telah direndahkan oleh Bank Negara, jika dulu perlu menghabiskan semua modul dari modul 1 – modul 7. Kini dengan hanya modul 1 hingga 3 anda juga memohon untuk menjadi FAR.

Adakah Bank Negara menyokong FAR?

Untuk pengetahuan semua, Bank Negara Malaysia dalam kertas kerjanya  “Life insurance and Family Takaful Framework” pada 2015, mengalakkan agen takaful untuk upgrade diri mereka untuk FAR. Ini yang telah dinyatakan jelas

Baca lebih lanjut kertas kerja ini di sini

Sekaranng itu penerangan mudah tentang FAR. Namun bagaimana pula dengan FPR?

Apa itu Financial Planner Representative ( FPR)

FPR ialah Perancang Kewangan yang Berlesen dengan CMSRL Suruhanjaya Sekuriti. Badan yang tertinggi yang memantau pelaburan di Malaysia. Kelebihan FPR jauh lebih tinggi dari FAR. Kenapa?

Dalam kewangan. Ada pelbagai modul yang boleh dianalisa oleh perancang kewangan. Contohnya:

Pertama: Cashflow management

Kedua: Networth statement

Ketiga: Risk Management

Keempat: Tax Management

Kelima: Zakat Management

Keenam: Children Education planning

Ketujuh: Hajj Planning

Kelapan: Investment planning

Kesembilan: Retirement planning

Kesepuluh: Debt planning

Kesebelas: Estate planning

Kesemua ini boleh dianalisa, dirancang, diplan sebaik oleh FPR. Setiap modul mereka telah diajar apa yang cara terbaik dan bagaimana membantu pelanggan mencapai matlamat kewangan mereka. Nampak sophisticated kan? Ya inilah FPR.  Sesiapa yang mempelajari mengetahui banyak sungguh perkara anda perlu tahu.

FPR ini yang membantu anda membuat membina perancangan kewangan yang kukuh. Jika anda baru bekerja, atau sudah bekerja lama, mahupun ingin bersara tak lama lagi. Berjumpalah dengan FPR. Iya mereka tidak percuma. Jika buat Analisa komprehensif. Caj dekat RM5000. Bukan murah sebab ia kos professional. Jika anda ingin buat satu modul sahaja pun boleh. Biasannya mereka akan caj by jam atau modul. Bergantung kepada FPR

FPR ini juga golongan special seperti FAR, jumlahnya juga sedikit. FAR FPR inilah masa depan kepada industri perancangan kewangan. Jika sekarang agen banyak bermotifkan sales semata mata. Tanpa advise yang betul. Di sinilah perancangan jangka masa Panjang Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti dalam meningkatkan kualiti perancang kewangan di sana

Jika kita lihat, pelbagai syarat ketat dikenakan kepada agen takaful mahupun unit Amanah supaya mereka dikurangkan secara perlahan lahan. Ya betul.

Nantikan saya akan kongsi kenapa agen takaful dan agen unit Amanah perlu upgrade sekarang

Jadual perbandingan fungsi fungsi lesen yang ada di Malaysia

Jika lihat jadual di atas, FPR paling banyak perkara yang beliau boleh advise kepada pelanggan. Oleh itu, berjumpalah dengan FPR ini untuk anda merancang kewangan anda secara komprehensif. Iya pasti berbaloi.

 

Kesimpulannya, mereka yang boleh memberikan advise tanpa bias ialah mereka yang ada lesen FAR dan FPR

Manakala untuk perancangan kewangan, hanya FPR saja yang layak mengenakan caj kepada pelanggan kerana mereka ada lesen. Mereka saja boleh caj. Jika ada yang ingin caj anda atas konsultansi mereka. Cuba tanya mereka balik, ” You ada lesen FPR ke?” Hehe

Berminat ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana ingin jadi FPR/FAR atau berjumpa dengannya.

Klik sini