Apa itu wasiat dan kenapa penting untuk pengurusan pusaka?
Ramai orang di luar sana salah faham fungsi wasiat sebenarnya
Jadi apa itu wasiat itu sebenarnya?
Kita akan pergi satu persatu dalam artikel ini
Apa makna wasiat?
Dari segi Imam Shafie
Pemberian atau sumbangan kepada orang lain setelah dia meninggal dunia
Dalam Seksyen 2(1), Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999 (Pindaan 2016)
Wasiat ialah iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya @ manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan @ apa apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati
Dari segi praktikaliti, fungsi wasiat sekarang ini ialah
1. Wasiat pentadbiran
Wasiat pentadbiran ialah membuat perlantikan wasi
Kenapa melantik wasi penting?
Supaya kita beri terus rasa tanggungjawab kepada wasi ini untuk urus pusaka kita. Jangan tangguh lama
Antara faktor harta beku ialah tiada orang rasa bertanggungjawab dan bertangguh. Oleh itu pentingnya buat wasiat pentadbiran
2. Wasiat sedekah 1/3
Jika anda nak bersedekah, buatlah wasiat bersedekah ini. Namun syaratnya mestilah bukan kepada waris kita, dan juga tidak lebih 1/3 harta pusaka
Kalau buat wasiat kepada isteri dan anak, valid atau tidak ?
Jawapannya tidak valid, kerana anak ialah waris kita
Jika buat wasiat kepada anak angkat. Boleh ke?
Jawapannya boleh. Cuma terhad kepada 1/3 sahaja
Kalau nak bagi semua harta kepada anak angkat. Anda perlulah mengunakan instrumen hibah.
Boleh baca di sini
Sekarang kita pergi ke sejarah dulu
Sejarah Wasiat dalam Islam
Wasiat ini dulu wajib, pada awal permulaan islam berkembang
Surat Al Baqarah 180
“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.”
Hadis
Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya
(HR Bukhari dan Muslim)
Tetapi ayat telah menasakkan dengan ayat Al Nisa 11, 12, 176. Wasiat tidak lagi wajib. Ia berubah hukum menjadi SUNAT sahaja
Baik dah faham, kita pergi ke salah fahan umum masyaraka tentang wasiat
SALAH FAHAM TENTANG WASIAT
Sekarang biasa salah faham yang biasa di kalangan kita ialah
1 Wasiat cukup dengan lisan sahaja
Ini memang bermasalah, kebanyakan kes bergaduh adik beradik sebab wasiat guna mulut sahaja
2. Wasiat wajib diikuti
Sebenarnya, wasiat tidak boleh WAJIB DIIKUT
Ya, sebab wasiat hanya pesanan kan?
Wajib ke ikut pesanan? Tidak
Yang wajib diikut jika si arwah buat hibah.
Jika wasiat, tidak wajib
3. Wasiat tidak boleh diubah
Wasiat sebenarnya anda boleh mengubahnya selepas didraf. Jangan risau
Anda boleh ubah selagi anda masih bernafas.
Apabila meninggal dunia, wasiat yang terakhir yang akan diikut
4. Boleh wasiat semua harta
Ini telah diterangkan di atas. Hanya terhad 1/3 sahaja harta untuk wasiat sedekah. Jika lebih dari 1/3. Wasiat itu perlulah mendapat persetujuan waris waris lain, barulah dibuat
Sekarang apa bezanya dengan hibah?
Mana lebih baik?
Buat wasiat atau hibah?
Jawapannya: Kedua duanya
Ingin tahu lebih lanjut tentang perbezaannya?
Baca di sini
Jika ada soalan berkenaan harta pusaka
Boleh terus klik sini. ( Anda terus dibawa ke Whatapps kami)