SALAH FAHAM FUNGSI PENAMAAN KWSP
Antara salah faham biasa umat Islam di ialah fungsi penamaan di KWSP
Untuk pengetahuan,
Penama bukan milik mutlak harta tersebut. Dengan kata lain. Penama hanyalah pemegang amanah sahaja
Apa maksud penama?
Penamaan adalah satu pengisytiharan secara bertulis yang dibuat oleh ahli dalam Borang KWSP 4 bagi melantik atau menamakan seseorang atau mana-mana orang sebagai “benefisiari” atau bertindak sebagai wasi/pentadbir (bagi orang yang beragama Islam) ke atas simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia.
Bagaimana ia dibuat?
Penamaan mestilah dibuat menggunakan Borang KWSP 4 dengan mengemukakan salinan Kad Pengenalan/pasport ahli dan salinan dokumen pengenalan diri semua penama. Borang penamaan hendaklah dihantar oleh ahli dan diterima oleh mana-mana Pejabat KWSP berhampiran semasa hayat ahli.
Tujuannya apa?
Tujuan penamaan dibuat ialah untuk membolehkan KWSP melepaskan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk menerima atau mentadbir (bagi orang yang beragama Islam) simpanan itu dengan segera, tanpa perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.
Contoh 1
Ali menletakkan penama KWSP 100% anaknya Salihah
Apabila Ali meninggal dunia
Duit KWSP terus dipindahkan ke akaun Salihah
Namun, harta itu bukan milik Salihah 100%. Salihah mestilah mengagihkan mengikut faraid ayahnya
Jika Salihah mengambil semua wang itu kegunaanya beliau
Salihah sudah memakan harta batil
Ia akan dipersoal di akhirat nanti
Contoh 2
Saya sudah agihkan ikut peratusan kepada isteri dan anak anak saya.
Isteri 60%,anak pertama 10%, anak kedua 10%,anak ketiga 10%, anak keempat 10%
Bagaimana pula?
Jawapannya:
Proses menjadi lebih sukar. Setiap duit itu perlu ikut faraid. Jika isteri terima 60%, semua duit perlu ikut faraid. Samalah dengan anak anaknya yang menerima 10%
Semua perlu mengikut faraid. Lagi rumit bukan?
Kenapa KWSP buat begini?
Apa yang KWSP ialah selari dengan Akta Pembahagian ( Pindaan ) 1997 -Akta A1004 dan Akta Wasiat 1959. Yang di mana orang bukan islam boleh membuat penamaan untuk mengagihkan hartanya. Oleh itu, Jika Ah Chong buat penamaan seperti di atas, ada pecahan ini
Isteri 60%
Anak pertama 10%
Anak kedua 10%
Anak ketiga 10%
Anak keempat 10%
Ianya boleh diterima pakai dan pihak waris perlu mengikutinya
Untuk umat Islam, ia masih terikat dengan hukum faraid.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bersidang pada 20 September 1973 dan Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-49 pada 19 September 2000, memutuskan bahawa penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta dan penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan si mati) mengikut hukum faraidh.
Soalan
Jadi apa fungsi penamaan sebenarnya tuan?
Jawapan:
Sudah dijelaskan di atas. Jika tiada penamaan di KWSP, pihak waris perlu mendapatkan surat kuasa tadbir/Letter of Admistration/Probate untuk menguruskan. Proses mendapatkan surat kuasa ini memakan masa dan kos
Jika buat penama, wang KWSP terus dibank in kepada si penama
Jimat masa dan kos waris
Selesai satu kerja
Namun ia tetap mengikut faraid.Oleh itu, lebih baik letak satu nama sebagai penama di KWSP
Ianya lebih mudah dan tidak pening kepala waris nak mengagihnya. Nanti ada pula penamayang tak faham fungsi penama itu.
Habis duit diguna untuk tujuan peribadi,tanpa sedar sudah termakan harta batil
Apa beza Hibah dan Wasiat Tuan?
Jawapan:
Panjang hurainnya. Boleh baca di SINI
Faraid saya kritikal, Boleh ke saya merancang untuk hibahkan wang KWSP?
Jawapan:
Boleh, syaratnya anda perlu memasukkan duit dari akaun 1 ke unit Amanah
Dengan pulangan tahunan yang lebih baik. (Rujuk Novagni). Ia memberikan peluang untuk menyimpan wang persaraan dengan lebih banyak. Dan yang paling penting, kita boleh guna instrumen hibah bersyarat untuk hibahkan saham Unit Amanah ini kepada orang yang anda sayangi. Baca proses membuat hibah di SINI
Pesanan terakhir
Fahami instrumen penama ini terlebih dahulu sebelum anda buat penamaan ini di KWSP. Ramai yang saya jumpa mereka sangka buat penama di KWSP, sudah selesai. Mereka tidak faham fungsi sebenar penama.
Jika faraid anda kritikal. Rancanglah sebaik dan secepat mungkin. Para isteri perlu ambil peranan. Kerana suami biasanya jarang fikirkan perkara ini. Dalam seminar atau kursus harta pusaka. Jika ada 30 peserta. Lelaki memang hanya ada 4-8 orang sahaja. Para isteri perlu pujuk si suami untuk merancang.
Bukanlah tidak percaya untuk tamak harta. Pengalaman penulis,panggilan yang selalu diterima ialah dari balu balu yang sedang dalam proses jual rumah, rebut wang KWSP, ASB,TH dengan mak ayah mertua atau adik beradik
Arwah suami sudah takaful pun tiada, atau pampasan tak cukup. Anak masih kecil. Terpaksa perlu jual rumah dan sebagainya.
Sila TAG dan SHARE artikel dengan keluarga dan pasangan anda. Moga ia bermanfaat untuk membantu keluarga anda membuat perancangan harta pusaka
October 11, 2017 @ 9:35 am
As salam saya sorang isteri ,masih mempunyai suami ,seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki dan ibu saya masih hidup. nak tanya apakah pecahan epf yang sewajarnya saya buat mengikut hukum faraid…dan bagaimana sebaliknya untuk suami saya dimana ibu bapanya tiada…bolehkah isteri 60 anak masing masing 20 20
October 11, 2017 @ 3:20 pm
Ada carannnya jika untuk EPF, perlu keluarkan ke unit Trust terlebih dahulu. Perjelasan lebih lanjut. Puan boleh tinggalkan num phone atau hubungi 0176431109
January 11, 2018 @ 5:25 pm
Arwah suami tinggalkan 70% kepada saya.. Sebab hutang dia banyak.. Sekiranya wang tersebut tidak mencukupi, adakah saya perlu memfaraidkan wang tersebut?
January 29, 2018 @ 9:12 pm
Ya semuanya perlu dibayar hutang terlebih dahulu. jika duit faraid tidak cukup. perlulah topup duit sendiri jika ingin membantu arwah hidup senang di sana
June 2, 2018 @ 1:44 pm
Saya hendak hibahkan EPF saya. Apa cara nya? Perlukah saya melantik peguam Atau boleh buat terus di kaunter EPF?
June 10, 2018 @ 6:23 am
Boleh hubungi 017 6431109 untuk proses hibah ya
June 9, 2018 @ 7:59 am
Boleh saya bertanya ? Kebiasaan duit kwsp yang faraid punye , mengambil masa dalam berapa hari untuk mengeluarkan wang ?
June 10, 2018 @ 6:26 am
Adakah si suami membuat penama sebelum meninggal?
August 1, 2018 @ 5:23 pm
saya seorang isteri dan berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai 3 orang anak. masalahnya suami sentiasa mendesak saya meletakkan namanya sebagai penama. perkahwinan saya dengan suami pula masih belum dikurniakan anak.
perlukah saya menukar penama saya kepada nama suami? (saya masih enggan menukar penama)
August 8, 2018 @ 12:19 pm
KALAU ISTERI MENINGGAL, KWSP PENAMA SUAMI, ADAKAH SUAMI DPT 100% ATAU KENA FARAID JUGA?
August 8, 2018 @ 1:06 pm
Masih perlu agih ikut faraid
August 8, 2018 @ 1:22 pm
Bagaimana nak hibahkan epf?tq
August 12, 2018 @ 4:49 pm
Jika sudah ada 1 shj penama & wang sudah diterima,proses pembahagian mengikut faraid akan dilakukn oleh siapa?
September 12, 2018 @ 12:19 am
Boleh lantik pihak ketiga seperti syarikat saya untuk membuat pengiraan dan membuat pengagihan kepada semua waris.
Kenapa perlu pihak ketiga?
1.Untuk dapatkan kiraan tepat faraid selepas ditolak hutang arwaha ataupun harta yang diagih siap siap sebelum ini.
2.Supaya tiada yang mempertikaikan pengagihan tersebut
3. Ada dokumen pengagihan untuk elakkan ketidakpuashatian mana mana waris
August 13, 2018 @ 6:17 pm
Boleh x jika saya bahagi 3 wang epf saya kepada
1.isteri(penama)
2.bapa(ibu sdh tiada)
3.hutang
Setelah membuat satu wasiat dan dibagitahu pada adkbrdk yg lain(seramai 7org).mereka setuju.
October 9, 2018 @ 7:49 am
Arwah ayah saya berpoligami.tuntutan kwsp telah dibuat oleh ibu saya (isteri pertama) dan telah membayar semua hutang2 arwah yang tertunggak.
Sekarang ini,isteri kedua mahu membuat tuntutan semula kerana dia berkata yang ibu makan harta sedangkan duit telah dibayar hutang.
Bagaimana caranya ya?
November 27, 2018 @ 9:54 pm
Suami sy mualaf..dan bniat utk mwasiatkan kwsp kpd ibunya sbyk 50% dn sy isterinya 50% jika blaku kmatian..bagaimana cara utk dia laksanakan niatnya..adakh dgn pergi ke pjabt kwsp @ bgaimana?
January 3, 2019 @ 5:57 pm
Assalam, sy nk.bertanya, ibu saudara sy sudah meninggal dunia, arwah x pnh berkahwin ,arwah cuma ada waris ibu saya shj,dan tiada adk beradik lain.Penama epf arwah ada letak nama ibu saya 50% dan juga abg sy (anak saudara areah) 50%, adakah abg dn ibu saya kna buat faraid kepada adk bradik sy yg lain.kami cuma ada 3 org adk beradik kesuma nya lelaki termasuk abg sy yg tlh memegang sbgi penama. Hanya kami bertiga anak saudara arwah yg ada.
January 4, 2019 @ 12:41 am
isteri saya telah meningal, kami tiada anak,
ada bapa dan mak mertua?
apa bila faraid memberi keputusan suami 1/2 bahagian, bapa mertua 1/2, ibu mertua 1/6 bagimana wang epf $80,000 d agihkan? katakan bapa mertua saya menerima dan tidak mahu memberi bahagian saya? apa perlu saya lakukan?
terima kasih
January 9, 2019 @ 4:18 pm
Saya nak tanya arwah ayah saya telah membuat pengeluaran kwsp nya tuk dipindah ke unit amanah pelaburan.. jadi bagaimana waris hendak menuntut nya
January 27, 2019 @ 12:26 pm
Boleh pergi ke syarikat unit Amanah tersebut. Jika perlu bantuan untuk kita bantu uruskan. Boleh hubungi 017 6431109
August 1, 2019 @ 11:35 am
Isteri dapat ape pulak dan anak2 pada simati pulak…..tak dapat ape2 ke…..
August 26, 2019 @ 5:05 pm
Saya nak tanya saya sepupu nenek saya ingin meletakkan nama saya sebagai penama dan ingin member 50% kenapa saya dan 50% kepadanya apakah perkara ini dibolehkan dan apakah saya memakan harta batil?
August 27, 2019 @ 1:37 pm
Penama EPF hanya pemeganga amanah, pemegang amanah hendaklah agihkan ikut faraid