Plan takaful yang terima si pengidap kencing manis, darah tinggi, kanser!
“Tuan, ada ke tuan takaful yang terima orang yang berjangkit macam saya ini, ada darah tinggi, kencing manis, dan macam macam lagi. Ada ke??
Jawapannya:
“Ada, satu satu yang dikeluarkan oleh syarikat Takaful di Malaysia. Zurich Takaful’
Kelebihan plan ini
1.PENERIMAAN DIJAMIN
Apabila anda memohon plan ini, pasti lulus. Walaupun anda sebelum mengidap apa apa sekali pun
2.Perlindungan Boleh Diperbaharui sehingga Usia 90 Tahun
Plan ini djamin diperharui sehingga umur anda 90 tahun
3.Caruman berpatutan serendah RM50 sebulan
Paling rendah di pasaran untuk umur 50-80 tahun
4.Perlindungan 24 Jam, di Seluruh Dunia
Anda dilindungi sepanjang masa dan di mana sahaja
5.Caruman tidak meningkat mengikut usia
Caruman tidak naik
6.Plan Kematian Semulajadi dan Kemalangan sahaja ( Tiada kad perubatan)
Plan Zurich SeniorGold sangat membantu untuk mereka yang sudah berusia, ingin mengumpul saham akhirat. Ataupun si anak anak yang ingin juga becucuk tanam pahala mereka untuk dituai di akhirat. Boleh lah berkongsi RM50 seorang semua adik beradik, ambil plan ini untuk si mak dan ayah
Pampasan diberikan ikut hibah. Proses paling cepat dalam pengurusan harta pusaka
Dijamin lulus walaupun sudah ada penyakit. Ya, dijamin. Kencing manis, darah tinggi, semua boleh ambil. Cuma ada syaratnya, jika mati sebelum polisi matang 2 tahun, hanya dapat jumlah carumannnya sahaja
Siapa yang sesuai untuk solusi ini?
- Ibu Ayah
Jika anda masih ada ibu ayah. Berkongsilah dengan adik beradik. Ambil takaful untuk mak ayah. Barangkali dari sudut income protection tidak begitu signifikan , tetapi dapat membantu anda untuk proses kos pengurusan harta pusaka dan juga membantu mak ayah menyimpan saham akhirat mereka
Pampasan meninggal nak buat apa?
- Sedekah, umur sudah lanjut ini ialah waktu untuk mencari pahala. Begini ialah cara untuk memperoleh pahala sedekah. Pampasan boleh digunakan untuk bersedekah
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)
- Langsaikan hutang, gunakan duit ini untuk selesaikan hutang. Bagaimana ingin memastikan waris kita langsaikan hutang menggunakan wang pampasan ini? Buat surat Hibah Takaful dengan syarikat Wassiyah Shoppe. Letakkan apa yang perlu dibuat dengan duit ini.
Berapa caruman bulanan plan ini?
Caruman Bermula serendah RM50, boleh baca jadual di bawah untuk maklumat lebih lanjut
Contoh 1
Ayah berumur 50 tahun, beliau mengambil keputusan untuk mengambil 4 unit plan ini iaitu RM50 setiap satu. Jumlah RM400. Oleh itu, Pampasan meninggal beliau ialah RM15,915× 4= RM63,660
Contoh 2
Fatihah sayang kepada mak ayahnya, beliau ingin beri peluang kepada mak ayah bersedekah, serta adik beradiknya. Fatihah pun merancang untuk plan ini untuk mak ayah. Beliau ada 4 adik beradik. Semuanya menyumbang RM50 seorang. Jumlah sudah RM400
RM200 untuk plan si ayah
RM200 untuk plan si mak
Fatihah biarkan potongan dibuat di akaun beliau, adik beradik yang bank in kepadanya setiap bulan. Alhamdulilah. Jika mak ayahnya meninggal. Ada dalam RM20,000 pampasan meninggal yang boleh digunakan untuk sedekah amal jariah mak dan ayahnya
Plan Zurich Takaful ini, Dari segi sudut pandang sebagai Perancang Kewangan, yang mempunyai akses kepada 7 Takaful Operator di Malaysia. Apabila kita buat perbandingan dengan plan lain, kekurangan plan ini ialah
- Jika si pencarum meninggal sebelum 2 tahun pertama, wang caruman akan dikembalikan sepenuhnya. Bermakna pelanggan tidak akan pampasan yang yang telah ditetapkan. Namun ia masih baik berbanding tiada ada apa apa bukan?
- Plan ini agak mahal caruman. Berbanding plan plan yang ada di pasaran. Namun ia masih solusi terbaik untuk mereka yang sudah sakit. Tidak ada plan takaful. Ini adalah solusi terbaik
Oleh itu, jika anda ada adik beradik. Mak ayah masih hidup. Berbincanglah dengan adik beradik lain. Jika ada 3 orang. RM50 seorang sudah mencukupi. Jika RM50 begitu tinggi nilai untuk beri manfaat ibu dan ayah anda. Bagilah yang termampu. Janji ada
Maksud harta yang sebenarnya milik kita bukanlah yang ada di tangan kita, tetapi harta yang disedekah itulah yang sebenarnya milik kita
Kenapa? Kerana ia sudah bertukar pahala yang kekal, manakala harta yang masih berada dengan kita. Belum tentu manfaat kepada kita
Selamat berbakti kepada ibu ayah dan menambah pelaburan akhirat anda
March 30, 2018 @ 10:05 pm
Boleh terangkan lebih detail macam mana pengiraan untuk nilai akaun investment link aia tu??
June 10, 2018 @ 6:27 am
Akaun investment AIA boleh dilihat di sebut harga setelah digenerate. Ia tidak dijamin Tuan
August 26, 2018 @ 9:10 pm
Proposed me best PA tpd and medical car with waiver
Wasap me 01139870021
November 9, 2018 @ 12:57 pm
Plan seniorgold tu ada perlindungan untuk penyakit atau tidak, atau cuma dapat pampasan ( slps 2 tahun)bila berlaku kematian sahaja.
November 15, 2018 @ 1:03 am
Selepas 2 tahun
November 16, 2018 @ 1:02 pm
Plan seniorgold tu, kalau berlaku kemalangan jumlah pampasan sama dalam jadual ke?