Bahaya Beli Rumah Bersama Pasangan, Ini Yang Berlaku Apabila Salah Seorang Meninggal Dunia
Kebiasaanya, suami isteri akan membeli rumah bersama untuk kuatkan dokumen. Di SPA/SNP pula akan ada dua nama. Nama si suami dan nama si isteri. Dua-duanya mengambil MRTA/MRTT (takaful).
Sekarang apa akan berlaku jika salah seorang meninggal dunia?
Jika harga rumah RM600,000. Rumah itu terbahagi 2 (sebab 2 penama):
- 50% Si Suami (RM300,000)
- 50% Si Isteri (RM300,000)
Jika suami meninggal dunia, 50% bahagian suami sudah tidak perlu dibiayai, kerana takaful sudah bayarkan. Betul kan? Manakala bahagian isteri, 50% selebihnya perlu terus dibayar oleh pihak si isteri.
Isu Yang Timbul Selepas Kematian Salah Seorang Penama
Bahagian si suami(50%) sudah pun menjadi HARTA PUSAKA. Jika suami masih ada mak ayah, mereka boleh tuntut hak mereka daripada 50% tersebut.
Saya baru dapat mesej, seorang balu yang baru kehilangan suaminya, anak ada dua. Mak dan ayah mertua tidak mahu lepaskan hak. Mereka tetap mahukan bahagian mereka dalam rumah. Si isteri tidak mampu bayar, kerana jumlah bahagian mereka hampir RM140,000!
Ya, RM140,000.
Sudahlah harta ini saja tinggal kepada balu dan anak-anaknya. Tetapi tetap mak ayah mertua tidak lepaskan. Bila ditanya kenapa?
“Ayah mahu sedekah duit kepada anak yatim dan bagi anak-anak ayah.”
Gamaknya, mertua beliau dan cucu beliau bukan anak yatim rasanya. Allah. Ini kes biasa yang ada di Malaysia. Faraid sememangnya sudah cantik dan adil, namun terfitnah dengan akhlak manusia
Ini baru mak ayah mertua, bagaimana pula kalau waris ialah adik-beradik mertua?
Satu kes saya jumpa di PWTC, hari ini suami meninggal, esoknya adik beradik datang ke rumah ambil kereta dan motor arwah
Ayah Mertua Mahu Rumah Anak Yang Bakal Mati
Kes lain saya jumpa, ayah mertua kata buatlah rumah di atas tanah dia. Nanti dah siap, ayah mertua tukar nama. Tetapi sampai sekarang tak tertukar. Sudahlah si isteri guna tunai buat rumah dengan orang kampung. Tiada hitam putih.
Sekarang suaminya sudah lumpuh (anaknya si ayah ini) dan sudah nyanyuk kerana kemalangan. Tiap-tiap hari ayah mertua remind menantunya, jangan tukar bil elektrik. Sebab dia ingin rumah itu jatuh kepada dia jika anaknya sudah tiada nanti.
Saya rasa kasihan dengan si isteri itu. Anak sudah 4 orang. Sekarang isteri tengah memikirkan bagaimana nak dapatkan rumah yang telah dibina dengan duitnya. Moga Allah swt lindungi mereka dan mencukupkan rezeki mereka.
Kes ini paling banyak saya jumpa, dari Kedah, dari Kelantan, semua kes mirip sebegini. Si suami lumpuh, si isteri jenuh memikirkan rezeki anak anak. Si isteri sudahlah tidak bekerja. Allah
Besar ujian keluarga ini
Panggilan si Balu
Saya mendapat panggilan dari Pulau Pinang, seorang balu yang baru kehilangan suaminya. Rumah beli bulan 5, bulan 8 Allah swt memanggil si suami-Nya ( Al Fatihah). Hanya 3 bulan saja sempat duduk bersama.
Luahan si balu
“Sebelum ini dengan mak dengan ayah mertua sangat baik, tak sangka begini ayah mertua boleh berubah selepas si suami tiada
Saya langsung tiada masalah dengan mertua begitu, very polite, very islamic. Setiap hari pergi ke masjid. Saya sangat rapat dengan mak ayah mertua
Kawan arwah pun terkejut, Adik beradik semua terkejut. Macam tak kenal mak ayah mertua ini
Saya merayu kepada ayah dan mak mertua untuk mudahkanlah urusan ini, Minta tolong sangat sangat jasa baik mak ayah. Tolong mak ayah. Saya merayu. saya hanya minta rumah sahaja”
Si balu tanya kepada saya
“Encik, faraid ini kena ikut ke, boleh ke mereka lepaskan hak?
Saya jawap
” Boleh, tetapi jika mereka ingin melepaskan hak mereka, jika tidak Puan perlu bayar hak mereka ( anggaran ratusan ribu juga)”
Balu ini menyambung luahannya
“Mak ayah mertua, adik beradik mertua semua lepas tangan waktu suami sudah tiada, saya urus seorang seorang perkara, saya urus seorang diri. Mana adik beradik lain, mana mak ayah mertua lain? Saya turun naik Kl semata mata nak dapatkan balik kerja saya yang dulu. Saya ke hulur ke hilir seluruh Penang untuk uruskan harta si arwah. Saya minta tolong adik beradik arwah, tetapi seorang tak respon. Mereka sibuk nak faraid, nak faraid, tetapi mana mereka waktu saya susah?
Saya sekarang buntu, saya taknak jual rumah ini tuan, saya sayang rumah ini, anak anak saya suka rumah ini
Saya sanggup bagi duit Tuan kepada mak ayah.
Saya merayu kepada ayah mertua saya
” Ayah tiada timbang rasa ke? Ayah tak tengok ke anak anak saya?Cucu ayah nak duduk mana?
Bawah jambatan ke ayah?”
Saya perlukan terus hidup saya, saya hilang tempat bergantung, saya sedih tuan
Tuan, salah ke saya buat begini tuan
salah ke saya Tuan saya lindungi hak anak saya?
Salah ke saya buat semua ini encik? ( sambil menangis)”
Saya mampu dengar dan mengusap air mata. Moga Allah swt permudahkan urusan balu ini. Ramai orang lupa hak datang dengan tanggungjawab. Amat berat tanggungjawab. Menjaga anak yatim
Apa Yang Anda Perlu Buat?
Untuk elakkan perkara di atas berlaku dan anda ingin pasangan hidup senang, tidak mahu merempat pasangan dan anak anda hilang tempat tinggal selepas anda tiada nanti, anda perlu:
1. Buat dokunen hibah.
Si suami hibahkan bahagian (50%) beliau kepada si isteri. Si isteri pun hibahkan bahagian (50%) beliau kepada si suami. Hibahkan antara satu sama lain.
Jika suami meninggal dunia, bahagian suami akan dapat sepenuhnya kepada isteri. Jadi 100%. Begitulah sebaliknya. Selamat. Tidak pergi ke sesiapa sudah. Prosesnya anda perlu berjumpa consultant untuk melakukan hibah ini.
Rumah yang belum habis bayar pun boleh dihibahkan. Ini diambil atas ijtihad Dr Wahbah Zuhaili, dengan syarat hutang (loan) itu dilangsaikan jika meninggal dunia.
Apa maksudnya?
Perlu ada MRTA/MRTT. Kos tidaklah mahal. Dari RM3000- RM6000 sahaja untuk 8 aset. Apalah nilai RM4000 dengan nilai rumah anda RM400,000-RM500,000 kan
Ini untuk orang tersayang anda juga, bukan untuk orang lain.
Soalan
1 Jika saya mengambil hibah takaful, adakah sudah selesai masalah saya?
Tidak, kerana polisi takaful tidak akan naik pampasan meninggalnya. Sedangkan harga rumah semakin naik. Contoh rumah RM300,000
Si Ali mengambil plan takaful ( MLTT) untuk perlindungan yang bernilai RM300,000 pampasan meninggal. Ali dikurniakan umur yang panjang. 25 tahun kemudian baru meninggal.
Rumah pada waktu itu sudah mencecah RM900,000, sedangkan polisi hanya lindungi RM300,000. Jadi ia penyelesaian terbaik.
Jika anda tanya perunding takaful, semestinya mereka mencadangkan mengambil MLTT untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi sila berjumpa dengan perunding kewangan bertauliah atau perunding harta pusaka.
2. Bagaimana dengan harta sepencarian?
Untuk harta sepencarian, proses perlu di Mahkamah Syariah di mana kos amat tinggi. Biasa rate peguam buka kes sahaja RM5,000-RM10,000.
Untuk dapatkan hak penuh rumah, isteri perlu menunjukan bukti beliau ada sumbangan terhadap rumah tersebut.
Contoh:
- Resit bayaran bulanan,
- Resit renovation,
- Resit yang berkaitan dengan rumah.
Pihak isteri perlu membawa perbuktian, barulah Hakim akan memberi pertimbangan sewajarnya. Sangat susah kes isteri dapat hak penuh terhadap rumah. Oleh itu, rancanglah sebaiknya tentang rumah ini kerana rumah paling kritikal jika berlaku perceraian atau kematian.
3. Boleh ke saya tukar terus kepada nama isteri atau anak?
Proses ini dibuat di Pejabat Tanah. Isi Borang 14A. Adakah ia jalan terbaik?
Jawapannya:
Tidak juga, kerana jika isteri mati warisnya juga boleh menuntut hak. Jika tukar kepada nama anak, anak pula mati awal daripada mak ayah.
Jika anak itu sudah berkahwin, sudah ada waris lain yang berhak. Contohnya, isteri atau suaminya.
4. Tapi pasangan saya sudah membuat wasiat dan memberikan kepada saya dan anak anak, Bukankah sudah selesai?
Belum selesai, kerana fungsi wasiat hanyalah 2 sahaja
- Melantik Pentadbir/Wasi- untuk menguruskan harta kita
- Wasiat 1/3- Tujuan amal jariah
Biasanya orang Melayu selalu salah faham tentang wasiat. Agih harta mestilah dengan wasiat. Ini salah faham yang memudaratkan. Dengan pengaruh drama dan filem. Oleh itu, sila fahami fungsi wasiat sebetulnya. Boleh baca artikel saya tentang ” Apa itu Hibah?” untuk memahami apa itu hibah dan wasiat.
Bagaimana dengan wasiat tersebut? Ianya terbatal jika tidak mendapat persetujuan waris
5. Jika letak dua nama di SNP. Sudah selesai masalah ke?
Tidak, masalah sama seperti dijelaskan di atas
Penyelesaian Terbaik
Penyelesaian yang terbaik ialah yang pertama iaitu buat dokumen hibah
Kepada suami dan isteri, buatlah perancangan sekarang. Kebanyakan yang ramai sangat jumpa saya ialah mereka yang telah menghadapi masalah sebegini. Tambahan jika anak bawah umur
Merasai keperitan keluarga retak kerana harta. Ya pasti berbeza orang merasai dan orang yang hanya tahu sahaja.
Yang merasai sudah tentu tidak mahu warisnya susah begini. Yang tahu hanya tenang sahaja. Yang nak sangat berjumpa saya ialah orang yang sudah berlaku dan kritikal. Saya hanya memberi khidmat nasihat saja. Tidak lagi boleh membantu sepenuhnya
Si isteri pujuklah si suami mendengar penerangan harta pusaka. Kebiasannya si suami tenang tenang sahaja. Si isteri perlu main peranan untuk masa depan anak anak. Rancang harta anda
Ramai orang buat apa ingin merancang, harta tak banyak. Tahukah anda?
Harta tak banyak inilah yang selalu bergaduh. Rumah arwah yang satu satunya yang ditinggalkan yang jadi rebutan. Kereta yang tinggal satu satu inilah yang direbutnya.
Alangkah sedihnya. Kita sudah berada di taman-taman syurga. Tetapi waris kita berada di neraka dunia. Merempat kerana tiada lagi rumah untuk berehat dan bersuka ria. Kita tidak tahu kita pergi bila, Rancanglah secepat dan sebaik yang mungkin
Sila tag dan share kepada pasangan anda jika anda termasuk dalam golongan ini.
Golongan di atas ini ialah golongan pertama kritikal perlu perancangan hibah. Dan ada 11 golongan lagi. Nanti saya akan share dari masa ke semasa.
Nasihat terakhir:
- Hibah bukan lebih baik daripada faraid.
- Hibah bukan penyelesaian segala-galanya.
- Hibah bukan lebih baik daripada wasiat.
Setiapnya ada fungsi berbeza. Sila fahami terlebih dahulu sebelum membuat perancangan
Baca: Apa itu Hibah dan kenapa ia memudahkan proses pengurusan harta pusaka anda?
Boleh klik di sini untuk mendapat khidmat nasihat percuma berkenaan harta pusaka.
FA – 017 643 1109
July 13, 2017 @ 4:23 am
Assalamualaikum…tuan, saya ada rumah dan kereta mpv,motorsikal sebuah.
Rumah 2 nama..yg lain hanya satu nama.
Kes saya blm berlaku apa2 lg..tetapi telah keluar drp mulut ayah mertua pasal rumah (apartment) kami ..Ayah mengatakan suaminbodoh letak 2 nama,..kalau mati harta habia kat saya (isteri)..jelasnya mrk memang akan rebut jika suami saya mati..
Begitu juga dgn KWSP ipar dah berbunyi….dia boleh ambil bg pihak ibuayah jika suami mati…
Saya ada 2 anak lelaki. Apa yg perlu saya lakukan
Sekian,terima kasih.
July 14, 2017 @ 1:54 pm
Buat hibah bersyarat terus cik Puan
Boleh hubungi 017 6431109 untuk menguruskannya
January 21, 2018 @ 12:34 am
Assalamualaikum tuan, sy ada sebuah rumah, sy stgh bhgn, isteri sy stgh bhgn. Sebenarnya pihak pemaju yg offer utk keluarkan kwsp isteri sy yg dah lama jd surirumah sblm beli rumah lg, maka masukkan nama padahal sy hny seorang shj yg membayar rumah tersebut. Isteri sy risau klu sy mati, adakah beliau yg mesti menanggung bayaran beli rumah tersebut atau adakah insurans cover keseluruhan harga rumah? Mcm mana pula dgn hukum faraid nanti?
January 29, 2018 @ 9:11 pm
Ya isteri masih menanggung hutang jika tiada MRTT. Untuk faraid pula. perlu lihat kepada anak tuan. sudah ada anak tuan?
August 15, 2019 @ 6:00 am
bolehker buat terus tukar nama dr 2 penama kepada satu penama sahaja. cthnya terus kepada nama isteri. mcm mana processnya dan berapa kos nya nnt? harap dpt bantuan dr tuan yg mulia.
August 23, 2019 @ 12:41 pm
Boleh jika dah habis bayar saja Tuan, jika belum habis bayar tak boleh
February 7, 2018 @ 2:09 pm
Saya baca panjang2 dah semakin keliru sebab banyak cabang2nya… Boleh ke kalau saya nak mendapatkan konsultasi dulu sebelum membuat apa2 keputusan?
March 29, 2018 @ 11:13 am
saya nak tanya, boleh ke beli rumah guna 1 loan tapi rumah dua nama?
June 10, 2018 @ 6:28 am
Masalah tetap sama akan berlaku, Lebih baik satu nama sahaja
May 3, 2018 @ 4:01 pm
Salam saya ingin bertanya,saya zaleha. jika saya dan suami ingin membeli rumah maksud nya disini ialah Loan 1 nama: Snp 2 nama betul ke?
Dan saya merancang untuk mengambil MRTA. adakah betul cara yang saya fikirkan . Mohon penjelasan . terimakasih
June 10, 2018 @ 6:25 am
Lebih baik satu nama sahaja. Dan ambil MRTT, takaful. MRTA ialah insuranse. Non syariah product
October 20, 2018 @ 11:37 am
S&P atas dua nama tapi loan atas suami seorng? Boleh kah?
May 6, 2018 @ 6:11 pm
Assalamualaikum, saya sudah bercerai, kini bekas isteri sudah berkahwin lain.
Persoalan saya,rumah guna 2 nama, nama 1st bekas isteri ,bekas isteri tuntut rumah tersebut, apa proses untuk clearkan nama saya di atas rumah tersebut ?
Saya tiada anak.
July 31, 2018 @ 4:05 pm
Rumah sudah habis bayar?
July 10, 2018 @ 9:42 am
Assalamualaikum w.b.t,
Saya ada pertanyaan.. saya dan suami buat loan rumah bersama dan rumah tersebut adalah atas nama saya dan suami. Namun insurans yang diambil hanya atas nama suami sahaja.. Seandainya suami saya meninggal dunia, adakah saya masih perlu jelaskan bayaran bulanan rumah tersebut sehingga selesai?
July 15, 2018 @ 8:47 am
saya ingin bertanya,
saya (isteri) bakal membeli rumah pinjaman perumahan kerajaan atas nama saya seorang sahaja. bayaran pembiayaan rumah secara bulanan ditolak melalui slip gaji saya sepenuhnya . Namun, sekiranya bayaran bulanan 1800, kami suami isteri bersetuju untuk saya (isteri) membayar rm1000 dan suami bantu membayar rm800 kepada saya. Adakah saya perlu membuat deklarasi harta pencarian atau hibah suami kepada saya?
July 31, 2018 @ 4:05 pm
Kedua duanya boleh. masing masing kelebihan dan kekurangan masing masing.
Boleh hubungi 017 6431109 untuk mana yang lebih baik dalam kes Puan
July 31, 2018 @ 3:45 pm
As salam.. Sy nurul .. Sy nak tye.. Sy n suami beli rumah atas dua nama.. Loan satu nama atas nama suami n ada amik MRTT.. Jd andaikata suami meninggal adakah sy perlu menanggung bayaran rumah tersebut.. Terima kasih
July 31, 2018 @ 4:03 pm
Tidak perlu. Sebab suami yang ambil MRTT. Namun hak rumah bukan sepenuhnya milik Puan, buatlah perancangan untuk memudahkan jika Puan tiada atau suami Puan tiada
August 12, 2018 @ 2:52 pm
Assalam Tuan, saya bercerai dengan pasangan pada 2016 yang lalu. Rumah dibeli atas nama bersama. Pengeluaran deposit rumah kami keluarkan bersama. Sejak tahun 2010 sehingga hari saya tidak tinggal di rumah tersebut lagi, saya lakukan bayaran pinjaman selama itu juga. Dengan ada beberapa kali dibantu oleh bekas isteri. Namun, kini sy sudah tidak melakukan pembayaran tersebut. Saya sudah katakan kepada bekas isteri untuk menyerahkan sepenuhnya hak rumah tersebut kepadanya untuk dia dan anak-anak tinggal di situ. Bagaimana cara sebaiknya untuk saya menukar pemilikan rumah tersebut sepenuhnya ke atas nama beliau?
September 4, 2018 @ 8:08 am
Assalamualaikum, saya nak tanya boleh tak kalau nama pertama mertua, nama kedua letak nama menantu?
September 12, 2018 @ 12:11 am
Assalamualaikum wbt. Ya jawapannya boleh.
September 25, 2018 @ 7:45 pm
Assalammualaikum, saya ada sebuah rumah berkongsi nama dengan suami. Deposit adalah secara kongsi, namun bayaran loan serta MRTT/MRTA atas saya seorang. Jika berlaku kematian suami, adakah rumah milik saya atau bagaimana?
Terima kasih tuan
November 30, 2018 @ 10:29 am
rumah 2 nama dan loan 1 nama. Dlam SNP masih 2 nama dah loan masih ada lagi.
boleh ker saya tukar SNP pada 1nama saya shj memandangkan loan atas nama saya?
January 9, 2019 @ 1:54 pm
Assalammualaikum, saya ada sebuah rumah berkongsi nama dengan suami. Namun bayaran loan atas nama saya seorang. Jika berlaku kematian suami, adakah rumah milik saya atau bagaimana? Jika saya yang meninggal dulu adakah suami perlu teruskan bayaran walaupon bayaran loan dari saya sebelum ni.
Terima kasih.
January 27, 2019 @ 12:26 pm
Ada hak suami juga. jadi akan ada hak waris suaminya. Jadi lebib baik Puan juga menrancang supaya Puan dapat hak rumah sepenuhnya jika berlaku apa apa kepada suami
January 11, 2019 @ 8:21 am
asalamualaikum,sy nk tnye sy dan suami nk bli rmh..loan buat atas nma suami sb sy x bekerja dah..tp nama rmh sy nak buat nma berdua blh ke..jika buat nama sy dan suami dan jika blku sesuatu kpd suami sy adakah sy msh perlu mmbyr htg bnk..
January 27, 2019 @ 12:25 pm
Ya perlu membayar hutannya Puan
August 1, 2019 @ 8:16 am
Salam tuan.. loan ats nama sy.. SPA ats nama saya dan suami.. jika berlaku kematian keats suami.. apa yg perlu sy buat supaya rumah tidak di bahagi kepada waris suami?
August 27, 2019 @ 1:38 pm
Jika suami meninggal, Puan masih teruskan perlu membayar loan rumah, namun hak 50% bahagian suami sudah perlu diagihkan ikut faraid