PERBANDINGAN STAND ALONE DAN INVESTMENT LINKED TAKAFUL MEDICAL CARD
BEZA ANTARA STAND ALONE DAN INVESTMENT LINKED
Untuk pengetahuan, Plan stand alone ialah plan lama sebelum datangnya plan investment linked. Nama lain bagi stand alone ialah plan Traditional
Kelebihan utama stand alone ialah MURAH. Anda bayar dengan apa yang diberi tanpa elemen simpanan. Contoh perbezaan harga
Lelaki, 25 tahun, Kelas 4
Medical card stand alone hanya RM70 sebulan sahaja
Investment linked RM150 sebulan
Perbezaannya hampir 100% tu. Banyak kan? Sekarang kita pergi on detail perbezaan stand alone dan investment linked takaful
Standalone
Jika anda membayar RM80, RM10-RM40 ialah caj wakalah. Selebihnya akan dimasukkan ke tabung Tabarru.
Polisi mudah luput, jika pelanggan gagal membayar dalam tempoh sebulan. Polisi terus luput. Jadi plan ini sangat tidak mereka yang tidak berdisplin. Selalunya agen akan meminta bayaran 3 bulan/ 6 bulan/ 12 bulan terus untuk mengelakkan polisi anda mudah luput. Murah waktu muda, harga akan naik waktu tua
Peribahasa yang sesuai, direka untuk menjelaskan stand alone ini. Bersenang senang dahulu, bersusah susah kemudian
Dalam perancangan kewangan, kita akan memberi medical card stand alone dengan harapan baki wang selebihnya anda simpan di tempat yang lebih tinggi dalam segi pulangan. Contohnya unit Amanah. Fokus kepada membina asset terlebih dahulu. Dengan compounding effect. RM300 sebulan boleh beranak menjadi RM23K dalam masa 5 tahun.
Ada beberapa syarikat sudah mula menawarkan plan kad perubatan stand alone. AIA Public Takaful, Zurich Takaful, Great Eastern Takaful
Kesemuanya harga boleh mampu milik, serendah RM60 saja sebulan. Ok habis cerita secara ringkas tentang standalone. Kita pergi ke plan investment linked takaful pula
Investment Linked Takaful
Plan investment linked takaful ialah plan yang ada rider sekali. Maksud rider ialah penambahan perlindungan lain dalam plan. Contohnya. Plan medical card yang telah dimasukkan sekali
1.Pampasan Kematian/ Cacat Kekal
2.Pampasan Penyakit Kritikal
3.Waiver
4.Simpanan
Kelebihan investment linked takaful ialah
Tidak mudah luput, kerana ada cash value
Ada rider lain yang boleh ditambah
Walaupun harga agak mahal, namun ia memberikan ketenangan kepada si pencarum kerana jika tidak terpotong sebulan, polisi masih hidup dan boleh dipakai
Ini adalah jumlah caruman pelanggan beliau jika beliau melanggan pada umur 55 tahun ( AIA PUBLIC TAKAFUL)
INVESTMENT LINKED TAKAFUL
JUMLAH CARUMAN:RM243,800.00
Plan LifeLink AIA- https://www.aia.com.my/en/our-products/life-protection/a-lifelink-i.html
STAND ALONE
JUMLAH CARUMAN: RM260,472.00
Plan Med Regular I AIA- https://www.aia.com.my/en/our-products/medical-protection/a-life-med-regular-i.html
Jumlah caruman stand alone sebenarnya lagi banyak dari investment linked takaful. Kerana pada waktu tua, kenaikan sangat mendadak dalam plan stand alone
Murah pada waktu awal, mahal di waktu akhir
Manakala investment linked takaful kekal jumlah carumannya sehingga ke umur 77 tahun. Namun ini projection sahaja. Syarikat takaful akan naikkan harga jika tabung tabarru berada dalam saat kritikal
Sekarang nak pilih yang mana. Plan stand alone atau investment linked takaful?
Jika anda ada bajet dalam RM200 seorang untuk plan takaful anda, ambilah plan investment linked takaful. Jika anda hanya ada bajet RM100-RM120 sahaja, ambil plan takaful stand alone. Ia terpulang kepada anda
PLAN MEDICAL CARD AIA
BAYARAN TAHUNAN( STAND ALONE)
PLAN MEDICAL CARD ZURICH TAKAFUL
BAYARAN TAHUNAN( STAND ALONE)
Zurich Takaful Medica 2015- https://www.zurich.com.my/_/media/dbe/malaysia/docs/takaful-products/brochures/medica2015-brochure.pdf?la=en&hash=8C34C7B780F4500BB9B8C9508859B5F3B9A9F33E
PLAN MEDICAL CARD GREAT EASTERN TAKAFUL
BAYARAN TAHUNAN( STAND ALONE)
Antara faktor yang perlu diambil kira sebelum melanggan medical card
- Proses claim di hospital, syarikat mana yang paling mudah buat proses claim. Sila buat research terlebih dahulu
- Beza NCC dengan PWC
2 point di atas saya akan terangkan dalam artikel seterusnya
July 5, 2017 @ 4:52 am
Thanks, great article.