10 PERKARA ANDA PERLU TAHU SEBELUM AMBIL TAKAFUL
LIHAT CASHFLOW ANDA
Sebelum ambil plan takaful, pastikan anda telah mengagihkan gaji anda dengan baik terlebih dahulu
Formulanya,
10% – Takaful
10% – Tabung Kecemasan
30% – Pelaburan
50% – Perbelanjaan bulanan
Ikuti formula ini terlebih dahulu,
Banyak saya jumpa, gaji besar RM5000, komitmen pun dekat RM5000, nak ambil takaful RM100 pun berat hati sebab duit hujung bulan pun cukup cukup.
Oleh itu, cantikkan cashflow dulu, Dua cara
- Kurangkan perbelanjaan bulanan
- Tingkatkan income
APA BEZA LIFE DAN MEDICAL CARD? MANA YANG PATUT ANDA AMBIL DAHULU?
Takaful ada dua plan utama
- Life ( Takaful Keluarga)
- Medical card ( Kad Perubatan)
Plan Life lebih berfokus kepada INCOME REPLACEMENT ( Ganti gaji kita) jika ada apa apa yang berlaku kepada kita.
Pertama, Pampasan Kematian/ Cacat Kekal.
Ramai orang menyangka pampasan Meninggal/ Cacat Kekal tidak penting tapi inilah yang paling penting. Sakit belum tentu tapi mati itu pasti.
Jika ada yang bergantung dengan anda
Jika ada perut yang lapar jika anda tidak balik rumah dari kerja hari ini
Jika ada hutang yang belum dilangsaikan
Ada komitmen bulanan yang dikongsi bersama pasangan
ANDA PERLU PAMPASAN KEMATIAN/CACAT KEKAL
Kenapa?
Bayangkan anda bergaji RM2000
Pasangan anda pula bergaji RM1800
Total RM3800
Namun, komitmen bulanan anda dekat RM3000 sebulan. Apaakan berlaku jika salah seorang pergi? Tak cukup bukan?
Sudahlah hilang orang tersayang, duit bulanan pula tidak mencukupi. Tambah lagi si suami yang bekerja, isteri pula suri rumah sepenuh masa. Ini lagi hukumnya wajib untuk plan takaful. Jadi anda perlu ambil plan Life untuk lindungi diri anda dan keluarga anda.
Ramai orang plan untuk melancong, berkahwin, plan benda benda yang happy, tapi lupa untuk plan benda yang pasti. Iaitu MATI
Namun, soalannya sekarang, berapa anda perlukan? Ada dua cara
- CAPITAL PROTECTED METHOD
- CAPITAL LIQUIDATION METHOD
Namun saya akan terangkan cara pertama sahaja
BERAPA PAMPASAN MENINGGAL/TPD DIPERLUKAN OLEH ANDA
Selalunya, jumlah pampasan meninggal yang ada kebanyakan pemegang polisi takaful ialah RM25K- RM50K. Tahukah anda? Anda berada di kalangan golongan under insured. Maksudnya, ambil takaful, tapi tidak mencukupi pampasan meninggal/ Penyakit Kritikal/ dan TPD.
Bagaimana nak kira berapa pampasan meninggal yang anda perlukan?
1.Ambil jumlah expenses bulanan anda kalikan 12
Anda dapat total expenses tahunan anda RM3000× 12 bulan= RM36,000.
- Bahagikan jumlah tersebut dengan 6℅
RM36,000÷ 6℅= RM600,000
Dapat jumlahnya tambah lagi 1 tahun perbelanjaan tahunan anda
RM600,000+ RM36,000= RM636,000
Kenapa anda perlukan sebanyak ini? Duit inilah yang waris anda akan laburkan di instrumen yang beri return secara kasar 6℅. Contoh Tabung Haji/ ASB, Jika RM600,000 ini dilaburkan dalam TH. Cukup setahun, anda dapat dividen secara kasar RM36,000. RM36,000 bahagi 12 dapat RM3000 setiap bulan
Sekarang dapat ganti penbelanjaan bulanan anda?
Inilah plan INCOME REPLACEMENT( Capital Protected Method). Walaupun anda sudah tiada, suami atau isteri, mahupun anak anak anda yang telah ditinggalkan tidak terbeban kerana anda sudah memberi wang yang secukupnya kepada mereka terus hidup. Jadi jika anda pampasan masih 30K ke 50K, cepat cepatlah tambah polisi lain 30K bayar hutang pun dah habis dah. Jangan anda sudah ke taman taman syurga, waris anda berada di ‘neraka’ terseksa menanggung hutang anda!
Hanya orang yang pentingkan diri sahaja tidak ambil plan life ini. Deep kan. Tapi setuju kan dengan statement ini?
Seterusnya,
KENAPA PAMPASAN HILANG UPAYA KEKAL PENTING?
Pampasan ini antara kedua elemen terpenting dalam plan takaful. Jika anda lumpuh kekal, loan rumah dan kereta masih perlu dibayar. Komitmen bulanan mesti dibayar. Namun kemungkinan besar anda sudah kehilangan kerja kerana sudah lumpuh. Oleh itu, jumlah pampasan yang anda perlukan sama seperti pampasan meninggal di atas
APA ITU PAMPASAN PENYAKIT KRITIKAL
Ramai orang tak sedar apabila seseorang ditimpa penyakit kritikal perkara pertama mereka akan hilang ialah pekerjaan kerana dah tak fit macam dulu. Tak kira anda kakitangan kerajaan atau swasta anda perlukan ini
Sebab apa?
Saya ada melihat dengan mata saya sendiri nurse kerajaan terkena kanser. Medical leave selama 2 tahun kemudian cuti tanpa gaji. Bayangkan tanpa gaji, dahlah kos ubat tinggi. Waktu inilah lagi perlu duit tapi waktu ini pula kena buang kerja. Jadi, di sinilah pampasan penyakit kritikal sangat diperlukan, dapat meringankan sedikit beban keluarga.
Waktu anda didiagnose mengidap penyakit kritikal. Kos perubatan amatlah tinggi. Untuk pengetahuan anda, ubat ubatan bukan semuanya dilindungi oleh kad perubatan. Anda perlu tampung dengan duit sendiri. Di sinilah peranan pampasan penyakit kritikal
Waktu saya bertemu dengan seorang doktor, gaji 6 angka sebulan
Saya tanya kepada beliau
” Sudah ada pampasan penyakit kritikal yang MENCUKUPI?”
Dia pun kata
“Ha saya sudah ada, RM500,000. Lama sudah saya mengambil”
Saya pun tanya
“Cukup ke?”
Saya rasa cukup, jika apa apa berlaku kepada saya. Loan saya sudah semuanya akan tidak perlu dibayar kerana dilindungi takaful
Saya terus dapat kesan apa kekurangan polisi doktor ini. Rupanya doktor ini keliru apa yang takaful biasa lindungi untuk pinjaman. Kebanyakan pinjaman hanya lindungi kematian
Dalam kes penyakit kritikal. Ianya tidak dilindungi
Dengan kata lain. Jika anda ditimpa penyakit kritikal
Anda masih perlu membayar pinjaman rumah, kereta, dan sebagainya seperti biasa
Di sini penting pampasan penyakit kritikal
Tidak kira anda kakitangan kerajaan ataupun tidak
Pampasan penyakit kritikal penting untuk survivability financial anda ketika anda tidak mampu mencari rezeki
Perkara pertama yang anda akan hilang apabila mengidap penyakit kritikal
Ialah PEKERJAAN
Bila hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan
Produk dalam pasaran. Kebanyakan hanya melindungi pelanggan di peringkat akhir penyakit kritikal. Contohnya. Kanser tahap 4 barulah pampasan diberikan
Namun ada juga produk yang melindungi anda dari tahap 1-tahap 2 penyakit kritikal. Plan ini ada di produk AIA Public Takaful, Takaful Ikhlas, dan juga Great Eastern Takaful
Saya sangat menyarankan anda mengambil plan yang asing untuk plan ini
Plan Pampasan Penyakit Kritikal– pampasan diberikan waktu peringkat tenat/ akhir
Plan Komprehensif Penyakit Kritikal/Perlindungan Awal Penyakit Kritikal– pampasan diberikan waktu peringkat awal penyakit kritikal
WAIVER/ CONTRIBUTOR
Di sini bahagian yang penting. Jika anda didiagnose cacat kekal, atau terkena salah satu penyakit kritikal, anda tak perlu lagi membayar plan takaful yang sebelum ini anda bayar setiap bulan. Malah anda dapat gaji yang sama nilai caruman anda sebelum ini.
Saya pernah jumpa seorang client, ambil plan 1 juta pampasan meninggal dengan caruman RM600 sebulan. Tapi tiada waiver. Bayangkan, jika beliau kena penyakit kritikal, hilang kerja. Tapi masih kena bayar RM600 sebulan. Kan sangat membebankan. Oleh itu, tolong ambil.
Seorang lagi pelanggan. Beliau membayar RM5000 sebulan untuk polisi takaful. Malang tidak berbau. Beliau ditimpa penyakit kritikal. Beliau tidak perlu lagi membayar takaful. Malah takaful bagi duit setiap bulan RM5000 ke akaun beliau
Inilah kepentingan WAIVER/ CONTRIBUTOR
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG KAD PERUBATAN
Medical card sekarang telah menjadi kemestian, tidak kira anda kakitangan kerajaan atau tidak ada beberapa treatment yang tidak dibiayai oleh kerajaan. Itu belum masuk perancangan kerajaan ingin meswastakan keseluruhan perkhidmatan hospital. Ya, maksudnya selepas ini tiada lagi caj hanya RM1-RM2 apabila pergi ke hospital. Antara hospital terawal yang mengubah polisi ialah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Tapi tak mengapa, perkara ini mungkin dimplementasi sepenuhnya 3-10 tahun lagi, anda masih ada masa.
Kita kembali ke tajuk, medical card fungsinya untuk membayar bil rawatan anda apabila anda masuk hospital.
Tahukah anda?
Kos rawatan di hospital sangat mahal.
Ada 3 syarat anda tidak perlu ambil takaful
- Anda anak raja
- Anda anak multimillionaire
- Anda pemilik hospital swasta
Lihatlah berapa orang bankrap disebabkan hutang rawatan di hospital. Anda rasa kos main main. Cuba pergi tanya kaunter hospital swasta. Berapa perlu deposit jika anda tiada kad perubatan. Hampir 1K-10K. Ini deposit sahaja
Mengikut kajian, hampir 60% orang bankrap hutang kad kredit ialah kerana ingin membiayai kos hospital
CO TAKAFUL/ DEDUKTIBLE ATAU FULL COVERAGE
Jika medical card anda ambil co takaful/ deductible/ smartsaver, anda perlu membiayai dengan sedikit duit anda apabila masuk ke hospital. Jumlah banyak atau sikit bergantung kepada plan syarikat anda ambil. Jika plan medical card anda full coverage, jika anda dimasukkan hospital, anda akan dilindungi sepenuhnya oleh pihak takaful.
BERAPA TAHUN TEMPOH PERLINDUNGAN
Ini yang paling penting. Ada yang polisi saya tolong reviewkan, saya lihat pampasan meninggal/TPD sudah tinggi tapi lindungi sehingga 55 tahun atau hingga 60 tahun sahaja. Iya, ada yang berpendapat waktu itu kita sudah bersara, dan mungkin caruman bulanan pada waktu agak mahal, tanggungjawab dan hutang pun sudah tiada. Oleh itu, tidak perlu lagi plan income protection/ replacement.
Namun apabila saya membandingkan dengan takaful lain, ada plan yang harga lebih murah malah lindungi hingga 80 tahun atau 100 tahun. Oleh itu, ia atas pilihan anda nak yang plan yang mana.
Kalau saya, saya akan advise untuk ambil yang lindungi hingga ke 80 tahun atau 100 tahun
JUMLAH CASH VALUE ANDA
Berapa jumlah simpanan dalam takaful anda? Jawapannya?
Maha maha sedikit,
Ya, sangat sikit. Sebab apa? Sebab tujuan takaful ialah perlindungan. Jika kita simpan RM100 saja sebulan, pampasan meninggal/TPD dalam RM300K-500K. Tapi cuba lihat cash value apabila menyumbang dalam takaful? Sikit saja.
Contoh dah simpan 10K dalam takaful, cash value barangkali hanya 900-1K saja. Kenapa?
Selebihnya anda sedekahkan kepada orang lain, bantu orang lain yang ditimpa kesusahan.
Senang cerita, takaful ialah cara paling baik untuk mengumpul SAHAM AKHIRAT, pahala sedekah ni berterusan.
Nak simpanan banyak? Simpan di ASB/Tabung Haji/Unit Amanah.
Contoh jika anda menyimpan RM300 dalam Unit Amanah yang beri annualised return 10% setiap tahun, duit anda akan beranak menjadi 21K dalam masa 5 tahun. Ok kan?
Tujuan pelaburan dalam takaful hanyalah ingin memastikan polisi anda tidak mudah lapsed dan mengelak kenaikan akibat tabung tabarru kurang
BANDINGKAN SEBELUM AMBIL PLAN TAKAFUL!
Sebelum ambil, sila bandingkan sebut harga dari setiap plan syarikat takaful yang ada di Malaysia. Tapi jangan terlalu lama. Saya cadangkan, jumpalah Financial Advisor(FAR) yang berlesen terus dengan Bank Negara.
Mereka boleh membuat perbandingan apple to apple kesemua plan takaful di Malaysia. Yup, mereka tolong bandingkan untuk anda
Tahukah anda?
Agen takaful ada hampir 70,000 ribu orang
Agen unit Amanah ada hampir 70,000 ribu orang
Di Malaysia, FAR hanya ada dalam 500-600 sahaja
Mereka bukan akan beri provide plan takaful, tapi mereka juga layak untuk membuat plan kewangan dari A-Z. Dari pengurusan hutang, perancangan pelaburan, plan persaraan dan tabung pendidikan anak hinggalah ke pergurusan harta pusaka
Ingin mencari mereka ini?
Boleh terus message saya t.me/FatihinAbshar. Atau klik sini untuk Whatapps
Saya akan beritahu golongan the special breed ini.
December 29, 2018 @ 11:16 pm
Salam, boleh tahu berapa anggaran caj yg boleh dikenakan jika saya ingin dapatkan khidmat nasihat FAR ni ye? Tq
January 27, 2019 @ 12:27 pm
Untuk servis perbandingan takaful hanya RM79 Tuan